Produk hanya boleh didapati di kedai-kedai tertentu

Kebaikan Susu Formula Berasaskan Soya

Apa Itu Susu Formula Berasaskan Soya?

Ia adalah susu berasaskan protein soya yang dirumuskan dengan vitamin, mineral dan nutrien utama. Ianya tidak mengandungi protein susu lembu dan sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak yang:

Alergi

Didiagnos dengan alahan kepada protein susu lembu

Alahan protein susu lembu merupakan alahan yang paling umum di kalangan kanak-kanak1. Ia adalah tindak balas sistem imun yang hipersensitif terhadap protein yang terdapat di dalam susu lembu. Ia terjadi apabila sistem imun tersilap mengesan protein susu lembu sebagai sesuatu yang perlu dielakkan dan mencetuskan tindak balas alergi.

Laktosa

Tidak toleransi terhadap laktosa

Tidak toleransi terhadap laktosa berlaku pada kanak-kanak yang tidak berupaya menghasilkan enzim laktase yang cukup. Enzim ini diperlukan untuk menghadam laktosa. Laktosa pula adalah gula yang terdapat dalam susu lembu dan produk tenusu yang lain seperti ais krim, keju, susu kultur dan sebagainya.

Cirit-Birit

Penyusuan semasa dan selepas cirit-birit

Jika anak anda mengalami pergerakan usus yang lebih banyak daripada biasa, kerap dengan najis yang lembik dan cair, dia mungkin mengalami cirit-birit. Antara sebab yang menyebabkan cirit-birit adalah radang dalam sistem penghadaman yang berlaku akibat jangkitan bakteria atau virus.

Berikan Si Manja anda susu formula berasaskan soya hanya atas nasihat doktor keluarga anda atau pakar kanak-kanak.

Rujukan
  1. Malaysian Society of Allergy and Immunology, Malaysian Paediatric Association. Pocket guide on the management of cow’s milk protein allergy in children 2012.

Nutrisi Dugro® Soy

Dugro® Soy mengandungi 5 NUTRI berserta dengan DHA, ALA, LA, Kalsium, FOS, 14 vitamin & mineral yang penting untuk menyokong tumbesaran optimum Si Manja.

5 Nutrisi
DHA

DHA ialah sejenis asid lemak yang penting.

FOS

FOS ialah sejenis serat makanan.

KALSIUM

Penting untuk tulang dan gigi.

VITAMIN A

Penting untuk kesihatan kulit dan mata.

PROTEIN

Penting untuk tumbesaran.

Dugro® Soy

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat pemakanan dan kandungan nutrisi Dugro® Soy, sila merujuk kepada laman web berikut: http://www.dugro.com.my/product/dugro_soy/maklumat_khasiat

Adakah Susu Formula Berasaskan Soya Mengandungi Nutrisi Yang Sama Seperti Susu Tepung Rumusan Berasaskan Susu Lembu?

Susu lembu mengandungi nutrien berkhasiat bagi perkembangan yang baik untuk kanak-kanak membesar. Namun, tidak semua kanak-kanak dapat menikmati kebaikan susu lembu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu ataupun tidak toleransi terhadap laktosa.

Banyak makanan mengandungi susu lembu, jadi para ibu mungkin bimbang Si Manja tidak mendapat nutrien secukupnya seperti protein dan kalsium jika mereka alah kepada protein susu lembu. Dugro® Soy adalah rumusan soya lengkap yang merupakan alternatif berkhasiat untuk kanak-kanak yang mengalami alahan protein susu lembu ataupun tidak toleransi terhadap laktosa. Ia mengandungi kebaikan yang sama seperti formula susu lembu untuk tumbesaran optimum kanak-kanak.

Berikut adalah maklumat nutrisi Dugro® Soy:

Profil Asid Amino (Protein)

Para ibu pasti ingin tahu jika sumber protein berasaskan soya mengandungi kebaikan yang sama seperti sumber protein daripada susu lembu. Kandungan Dugro® Soy dirumuskan dengan metionina, karnitina and taurina untuk membekalkan profil amino asid yang lebih menyeluruh untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Asid Amino Dugro® Soy Kandungan Asid Amino
Metionina 0.21g/100g
Karnitina 6.6mg/100g
Taurina 13.3mg/100g

Kalsium

Kalsium merupakan zat yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. 3 hidangan Dugro® Soy sehari memenuhi 77% Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) harian bagi Kalsium untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun. 2 hidangan Dugro® Soy sehari memenuhi 43% RNI harian bagi Kalsium untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun.

Umur Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) bagi Kalsium Kandungan Kalsium Dugro® Soy Perbandingan RNI
1-3 tahun 500mg 384mg (3 hidangan sehari) 77% of RNI
4-6 tahun 600mg 256mg (2 hidangan sehari) 43% of RNI

Untuk diet yang seimbang, sumber makanan selain susu lembu yang mengandungi kalsium seperti sayur brokoli, sawi, badam, tauhu, sardin, ikan bilis serta banyak lagi boleh diberikan kepada kanak-kanak yang alah terhadap protein susu lembu atau tidak toleransi terhadap laktosa.

Sila rujuk kepada doktor anda atau hubungi CareLine kami di 1800-38-1038 untuk maklumat lanjut.

TIDAK SEMUA FORMULA ADALAH SAMA

Berikut adalah panduan perbandingan untuk makluman anda.

Butiran DUMEX Dugro® Soy Jenama Y
Sesuai diberikan kepada kanak-kanak yang:
PENGGUNAAN
Didiagnos dengan alahan protein susu lembu
Tidak toleransi terhadap laktosa
Penyusuan semasa & selepas cirit-birit
Untuk Tumbesaran Optimum
NUTRISI
DHA
Serat (FOS)

FOS ialah sejenis serat

Protein

Penting untuk tumbesaran

Vitamin A

Penting untuk kesihatan kulit & mata

Kalsium

Penting untuk tulang & gigi yang kuat

Butiran DUMEX Dugro® Soy Jenama Y
NILAI
Kos setiap 100g Kos setiap 100g RM 5.48 Jimat 45% RM 9.96
Kos satu hidangan Kos satu hidangan RM 2.19 RM 3.91

Satu hidangan 40g + 180ml air = 200ml Dugro® Soy

Satu hidangan 39.2g + 240ml air = 270ml Jenama Y

Kos untuk sebulan

(3 hidangan sehari untuk 30 hari)

RM 197.10 Jimat 45% RM 351.90

RM2.19 X 3 hidangan sehari x 30 hari = RM197.10

RM3.91 X 3 hidangan sehari X 30 hari = RM351.90