BAWA SI MANJA MELAKUKAN AKTIVITI LUAR.

article1image

Memang mudah untuk kita mengabaikan keindahan alam semula jadi apabila kehidupan dikelilingi hutan konkrit yang padat dengan bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Jika cuaca mengizinkan, mengapa tidak Mama luangkan masa bawa Si Manja lakukan aktiviti luar? Terdapat banyak taman dan tempat beriadah yang  sesuai untuk keluarga.Berpiknik, bermain layang-layang, atau naik bot di tasik merupakan antara aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. 

Mengenal alam adalah sesuatu yang menyeronokkan dan cara paling bagus untuk Si Manja belajar tentang serangga dan jenis-jenis tumbuhan. Bermula dari usia dua tahun dan ke atas, Si Manja telah memasuki fasa penting dalam perkembangan kognitif di mana mereka menggunakan proses kemahiran dan kaedah yang baru diperoleh melalui pembelajaran untuk menyelesaikan masalah. Pada peringkat ini, Si Manja belajar tentang erti kepuasan tentang bagaimana pembelajaran melalui buku mengenai haiwan dan tumbuhan dapat di lihat pada kehidupan sebenar seterusnya memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang apa yang dipelajari mereka.

 

Yang paling penting, melibatkan diri dalam senam aerobik, senam regangan dan latihan rintangan di luar rumah dapat membantu menguatkan fizikal Si Manja dari segi sistem otot, menguatkan rangka, pernafasan, sistem peredaran serta metabolisma. Jumlah senaman yang sesuai juga dapat membantu meningkatkan selera makan Si Manja dan mengelakkan dari Si Manja menjadi cerewet dalam memilih makanan. Dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi, Si Manja pasti jadi lebih sihat dan bertenaga di samping menjadikan mereka lebih berminat untuk bermain di luar dan membina gaya hidup yang sihat.