Tips untuk Mengawal Emosi Tantrum Anak
Tantrum kanak-kanak merupakan salah satu punca kemurungan di kalangan para ibu di mana luahan perasaan tanpa kawalan ini boleh menjejaskan perkembangan Si Manja. Tantrum merupakan kemahiran pengurusan emosi kurang baik yang boleh menghalang Si Manja daripada melibatkan diri dengan interaksi sosial dan mengeratkan hubungan interpersonal antara Mama dan Si Manja. Mama perlu mendidik Si Manja untuk menguasai kemahiran pengurusan sosial dan emosi pada usia seawal yang mungkin.
Apakah itu kemahiran pengurusan sosial dan emosi?
Kemahiran pengurusan sosial dan emosi terdiri daripada perkembangan Si Manja dalam beberapa bahagian seperti :
Interaksi sosial: Merujuk kepada bagaimana Si Manja berinteraksi dengan orang sekeliling. Lebih matang kemahiran interaksi sosial Si Manja, lebih pandai mereka bergilir ketika bermain, membantu orang sekeliling dan bekerjasama dalam melakukan tugasan.
Kognisi emosi: Ini melibatkan keupayaan untuk memahami perasaan dan tingkah laku seseorang dan memahami bagaimana tingkah laku ini dapat mempengaruhi orang di sekeliling mereka.
Kawalan kendiri: Merujuk kepada bagaimana Si Manja meluahkan perasaan atau mengendalikan situasi dengan betul. Contohnya, dapat menenangkan diri apabila salah seorang daripada mereka sedang marah dan seorang lagi mengawal perasaan dalam mengatasi kesulitan.
Luahan emosi pada tahap yang berbeza
● Semasa bayi:
Si Manja di usia 2 bulan mula menenangkan diri dengan menghisap jari. Pada usia 6 bulan, mereka mula mengenali wajah dan menolak untuk tidak bersama orang yang tidak dikenali.
Cadangan untuk Mama:
Mama boleh memainkan lagu kanak-kanak untuk menenangkan emosi Si Manja. Kajian menunjukkan bahawa lagu kanak-kanak lebih berkesan daripada bercakap untuk menenangkan Si Manja, manakala lagu dengan lirik dan suara manusia lebih efektif daripada muzik instrumental.
● 12 bulan hingga 23 bulan:
Di usia 12 bulan, Si Manja akan mula menunjukkan rasa takut apabila terdedah kepada persekitaran baru. Mereka mula menunjukkan sifat berdikari dengan menolak bantuan daripada orang lain. Di usia 18 bulan, mereka dapat memahami konsep perhatian. Contohnya, selepas menunjuk ke arah seekor kucing di jalan raya, Si Manja akan menoleh ke arah Mama bagi memastikan Mama juga melihat kucing yang ditunjukkan itu.
Cadangan untuk Mama:
Pada peringkat ini, kanak - kanak akan mengalami tantrum. Cara yang terbaik untuk melegakan keadaan ini adalah dengan mengalihkan perhatian mereka. Selain itu, Mama boleh mula mengajar Si Manja untuk mengenal jenis-jenis emosi supaya mereka dapat belajar mengawal perasaan di fasa berikutnya. Seperti contoh; Mama boleh kata pada Si Manja, “Sang Arnab nampak sangat marah.” ketika membaca buku cerita pada mereka atau lontarkan pertanyaan pada Si Manja, “Kenapa dinasour tu sedih?”
● 24 hingga 36 bulan:
Kanak - kanak yang berusia 2 tahun ke atas lebih berdikari dan mungkin menolak bantuan daripada orang lain pada masa - masa yang tertentu. Ketika di usia 3 tahun, Si Manja berasa terganggu apabila rutin harian mereka terjejas disamping dapat mengesan jika seseorang berasa sedih.
Cadangan untuk Mama:
Berikut adalah tiga langkah untuk mengajar Si Manja cara mengendalikan emosi mereka:
- Kenal pasti emosi yang sedang dialami
- Cari punca apa yang menyebabkan emosi Si Manja terganggu.
- Cari jalan untuk mengawal emosi dan menenangkan diri
Bentuk Si Manja membesar jadi lebih lagi!
Dengan memahami asas dan cara mengawal emosi, Si Manja dapat mengenali isyarat emosi dengan lebih baik. Oleh itu, dengan menguasai Kecerdasan Minda (EQ) di usia yang lebih awal dapat membantu Si Manja untuk menjadi lebih optimistik, penyayang dan menghormati orang sekeliling di samping dapat menyelesaikan konflik dengan lebih mudah!
Penafian: Semua kandungan dalam laman web ini adalah untuk tujuan informasi dan tidak bertindak sebagai pengganti kepada nasihat perubatan dan/atau pakar yang lain berdasarkan kondisi tertentu anda. Jangan abaikan nasihat perubatan dan/atau pakar lain atau melengahkannya kerana anda telah membaca artikel di laman web ini. Dapatkan nasihat perubatan sebelum memulakan sebarang rawatan baharu.
Sentiasa di sisi Mama 24/7
Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.
Terima Kasih Dugro®!
Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.