Sistem penghadaman yang sihat menyokong perkembangan 360 Si Manja. 

Seperti yang dijelas oleh Dr Sharifah, pembuangan najis yang lembut dan konsisten merupakan indikasi Si Manja mempunyai satu sistem penghadaman yang sihat. Sistem penghadaman yang sihat akan menyokong perkembangan Si Manja secara keseluruhan.  

Para ibu bapa, adakah anda prihatin tentang corak perubahan najis Si Manja anda? 

Najis Si Manja merupakan salah satu indikasi tahap kesihatan keseluruhan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, amat penting bagi ibu bapa mengamati corak pembuangan najis seorang kanak-kanak dari segi konsistensi, warna serta kekerapan pembuangan najis pada masa-masa tertentu. 

carta-najis-bristol-article

Merujuk kepada carta bristol najis:

•Jenis 1 dan 2 menggambarkan najis yang keras dan sekiranya kanak-kanak itu membuang najis kurang daripada 2-3 kali seminggu bermaksud dia mungkin mengalami masalah sembelit.

•Najis jenis 6 dan 7 pula adalah lebih lendir serta berair. Kekerapan najis sebegini melebihi 3-4 kali sehari memberitahu kita kemungkinan mereka mengalami masalah cirit birit.

Apakah yang ibu bapa boleh buat sekiranya ini berlaku? 

Perubahan mendadak akan berlaku dalam situasi- situasi tertentu:

•semasa permulaan makanan baru

•peralihan ke susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang baharu

•pengambilan ubat-ubatan seperti sesetengah antibiotik

Sekiranya ini berlaku, jangan panik. Teruskan pemantauan anda dahulu kerana ia mungkin hanya sementara. Para ibu bapa diseru supaya mendapatkan nasihat doktor jika situasi ini berterusan. 

Pencegahan lebih baik daripada rawatan. 

Mulai hari ini, lebihkan pemantauan corak pembuangan najis anak anda sebagai langkah awal untuk memastikan kesihatan sistem penghadaman dan perkembangan Si Manja yang menyeluruh.

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.