Dumex Dugro® Soy bertekad untuk meningkatkan kesedaran tentang gejala-gejala alahan makanan serta kesannya. Kami komited untuk terus berusaha menumpu ke atas penyelidikan saintifik dalam bidang alahan makanan serta memberikan makanan yang berkualiti dan selamat untuk Si Manja anda.

Apakah Alahan Makanan?

Alahan makanan berpunca daripada reaksi sistem imun terhadap protein makanan tertentu dan mencetuskan tindas balas alahan.

Alahan makanan adalah tindak balas imun yang hipersensitif terhadap protein yang terdapat dalam sesetengah makanan. Sistem imun tersilap mengesan protein sebagai sesuatu yang perlu dielakkan dan “merbahaya”. Dan tindak balas inilah yang menyebabkan gejala-gejala alahan makanan dialami oleh kanak-kanak atau orang dewasa.



Alahan Makanan atau Intoleransi Makanan?

Alahan makanan dan intoleransi makanan adalah dua reaksi berbeza dalam tubuh.

Alahan makanan adalah tindak balas hipersensitif sistem imum terhadap protein makanan tertentu, seperti protein dalam susu lembu.

Ini berlaku apabila sistem imun tersilap mengesan protein tertentu sebagai sesuatu yang perlu dielakkan, dan mencetuskan tindak balas alergi seperti bengkak, radang, kegatalan, kembung atau cirit-birit. Tindak balas ini boleh berulang setiap kali memakan makanan tersebut.

Jika bercakap tentang intoleransi terhadap makanan, ia bermaksud apa-apa tindak balas negatif terhadap sesuatu makanan atau bahan tambahan di mana badan kita tidak dapat menerimanya.

Terdapat banyak penyebabnya, contohnya monosodium glutamat, atau kekurangan enzim. Intoleransi makanan berbanding dengan alergi makanan, tidak melibatkan sistem imun.

Gejala-gejala alahan makanan selalunya mudah dikesan pada kanak-kanak, namun ia boleh muncul bila-bila masa dengan kehadiran alergen. Anda boleh mengalami alahan terhadap makanan yang dimakan selama bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang masalah.

Antara gejala-gejala biasa alahan makanan
Mata berair, merah/gatal
Radang kulit
Cirit-birit
Gatal-gatal
Muntah
Hidung berhingus/bersin

Memang merunsingkan apabila mendapati Si Manja anda mengalami gejala-gejala alahan makanan. Sebab itulah penting bagi anda untuk mengetahui lebih lagi tentang gejala-gejalanya.

Kejadian alahan makanan biasanya dianggarkan lebih banyak berlaku pada kanak-kanak (5-8%) berbanding orang dewasa (1-2%).^

^Rujukan:
  • Schrander JJ, et al. Eur J Pediatr 1993; 152:(8)640-4.
  • Venter C, et al. J Allercy Clin Immunol 2006;117:(5)1118-24.

Seramai
200-250 juta
orang mengalami alahan makanan di dunia*

ALAHAN SUSU LEMBU
adalah salah satu daripada alahan makanan yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak*

8 jenis makanan yang mungkin menjadi penyebab kepada tindak balas alahan.

Antara jenis makanan yang mungkin menyebabkan alahan makanan
Susu Lembu
Telur
Kacang
Kacang Pokok
Gandum
Soya
Ikan
Kerang-kerangan