99mart
Penyertaan dengan pembelian RM20 ke atas produk Dugro® dalam satu resit.
Pembelajaraan Si Manja kini lebih bermakna

Terma dan Syarat | Peraduan Dugro® Menangi Percutian Sekeluarga!


Peraduan Dugro® Menangi Percutian Sekeluarga! (“Peraduan”) adalah dianjurkan oleh Danone Dumex (M) Sdn. Bhd. (“Pihak Penganjur”). Dengan menyertai Peraduan Dugro® Menangi Percutian Sekeluarga! (“Peraduan”), anda (“Peserta”) mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tersenarai seperti berikut:-

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada tahun 2019) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/ pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam Peraduan ini.
  2. Peraduan ini berlangsung dari 1 Okt 2019 hingga 30 Nov 2019 (“Tempoh Peraduan”). Sebarang penyertaan yang diterima selepas 30 Nov 2019 tidak akan dilayan. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Cara-cara Penyertaan

  1. Langkah-langkah penyertaan:-
    • Beli mana-mana produk Dugro® sebarang saiz pek dan sebarang variasi bernilai RM20 dan ke atas dalam satu resit dari mana-mana cawangan 99 Speedmart Malaysia yang mengambil bahagian (”Bukti Pembelian”) dalam Tempoh Peraduan.
    • Lengkapkan ayat tidak melebihi 30 patah perkataan:-
      ”Dugro adalah pilihan hati saya kerana ...............................”
    • Hantar melalui WhatsApp ke +6012-526 3391
      • Taipkan butiran dalam format yang berikut:-
        <Nama, No. KP, Nombor Resit, Jawapan>
        Contoh: Remi Hassan, 8904041051234, 105480, Dugro adalah pilihan saya kerana ia dirumus dengan Kalsium, IcFOS, Protein, Vitamin A dan 100% lebih* DHA, untuk menyokong tumbesaran si manja secara menyeluruh.
      • Sertakan gambar Bukti Pembelian yang lengkap dengan penuh dan jelas, iaitu resit yang mengandungi tarikh dan masa pembelian, nama cawangan 99 Speedmart, deskripsi penuh pembelian Dugro® sebarang saiz pek dan sebrang variasi. Bukti Pembelian yang asal mesti disimpan untuk tujuan pengesahan jika anda dipilih sebagai pemenang.
  2. Setiap penyertaan mesti dilengkapi dengan butiran yang dikehendaki, jawapan kepada soalan yang dikemukakan dan disertai dengan Bukti Pembelian yang betul dan mencukupi (”Penyertaan Lengkap”).
  3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang lengkap. Hanya bukti pembelian lengkap akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan Bukti Pembelian yang diubah, salah, tidak lengkap dan tidak jelas. Penyertaan yang lambat, tidak lengkap dan tidak sah atau tanpa Bukti Pembelian akan dibatalkan secara automatik.

Hadiah Peraduan

  1. Hadiah Peraduan:-
    • Hadiah Utama - Baucar Percutian bernilai RM5,000 x lapan belas (18) pemenang
    • Hadiah Saguhati - Baucar Tunai 99 Speedmart bernilai RM200 x tiga ratus (300) pemenang
  2. Semua hadiah adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan dalam surat pengesahan/ surat perjanjian hadiah/ baucer hadiah atau mana-mana yang berkenaan. Hadiah mesti dituntut dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pemberitahuan atau akan dibatalkan. Segala perbelanjaan yang terlibat dalam penebusan dan/atau penggunaan hadiah adalah ditanggung oleh Peserta sendiri.
  3. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang sama tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, dikembalikan atau ditukar kepada sebarang bentuk atas alasan apa pun. Anggaran nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan. Semua hadiah akan diberikan dalam keadaan “sedia ada”.
  4. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsir berkenaan dengan hadiah yang ditawarkan dan diterbitkan dalam sebarang bahan media, pemasaran atau pengiklanan. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang perwakilan dan/atau jaminan terhadap hadiah yang dianugerahkan dalam Peraduan ini. Pihak Penganjur tidak akan memberi apa jua jaminan mengenai penjualan, kualiti hadiah atau kesesuaian penggunaan atas sebarang tujuan.

Pemilihan Pemenang

  1. Pemilihan pemenang Hadiah Utama:-
    • Semua penyertaan yang layak akan tertakluk kepada proses pemilihan slogan yang paling kreatif untuk menyenaraikan lapan belas (18) pemenang (“Finalis”).
    • Finalis akan dihubungi melalui telefon dengan usaha terbaik, maksimum sebanyak tiga (3) percubaan. Sekiranya Finalis tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur berhak menggantikan Finalis tersebut dengan Finalis yang seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekalipun jika Finalis tidah dapat dihubungi.
    • Finalis perlu menghantar salinan kad pengenalan dan Bukti Pembelian yang asal ke Dugro® Peraduan Menangi Percutian Sekeluarga! No. 15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya, Selangor dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pemberitahuan melalui telefon untuk tujuan pengesahan.
  2. Pemilihan pemenang Hadiah Saguhati:-
    • Semua penyertaan yang layak akan tertakluk kepada proses pemilihan janaan komputer untuk menyenaraikan tiga ratus (300) pemenang (“Finalis”).
    • Hadiah akan dihantar kepada Finalis dalam masa 6 - 8 minggu dari tarikh tutup Peraduan berdasarkan alamat yang Peserta hantar melalui WhatsApp. Peserta adalah bertanggungjawab atas pemberian alamat yang betul, sah dan lengkap.
  3. Peserta boleh menenangi maksimum satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan ini.
  4. Pemenang akan diumumkan melalui www.dugro.com.my dalam masa 4 - 6 minggu dari tarikh tutup Peraduan.
  5. Pihak Penganjur berhak menentukan cara penghantaran atau penebusan (yang mana berkenaan) hadiah pemenang. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang hadiah yang tidak diterima. Untuk mengelakkan keraguan, Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan/atau kehilangan hadiah semasa proses penghantaran serta penerimaan hadiah. Pemulangan hadiah atas sebarang sebab tidak akan dilayani. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecacatan, kehilangan, kerosakan, atau kecurian hadiah.

Lain-lain

  1. Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Peraduan ini akan menjadi hak milik Pihak Penganjur.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan dan/atau individu berikut tanpa memberikan sebarang bukti atau penjelasan kepada Peserta:- Mana-mana penyertaan yang disyaki bersindiket; Pemerolehan Bukti Pembelian secara haram; Dan mana-mana penyertaan lain yang boleh dipertikaikan dan dipersoalkan oleh Pihak Penganjur.
  3. Dengan menyertai Peraduan ini dan penerimaan hadiah, pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen, dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Peraduan ini dari semasa ke semasa.
  4. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Peraduan ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut:- (a) Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan; (b) Kesilapan manusia dan kegagalan elektronik/teknikal dalam pentadbiran Peraduan ini; (c) Sebarang penyertaan yang salah dihantar atau tidak diterima; dan (d) Semua liabiliti (termasuk kematian) yang terlibat sama ada disebabkan penggunaan hadiah dan/atau penyertaannya dalam Peraduan ini secara langsung atau tidak.
  5. Pihak Penganjur berhak dalam budi bicaranya untuk menolak atau membatalkan sebarang penyertaan yang salah, tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat, tidak mempunyai Bukti Pembelian yang betul. Sebarang penyertaan yang mengandungi unsur-unsur dakwaan atau fitnah, melibatkan peniruaan, melanggari (atau mungkin melanggar) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup mahupun yang sudah mati (termasuk hak-hak privasi, publisiti atau gambaran yang palsu) akan dilucuthakkan secara automatik.
  6. Sebarang bahasa, perkataan atau kandungan sensitif dan berunsur fitnah yang boleh menyinggung Pihak Penganjur dan mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada) keganasan dan/atau pengambilan alkohol, bahan- bahan terlarang atau unsur-unsur yang dianggap melanggari atau merendahkan mana-mana pihak berdasarkan bangsa, agama, latar belakang etnik, atau orientasi seksual adalah tidak dibenarkan.
  7. Peserta adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi menanggung semua risiko, liabiliti, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Peraduan ini dan daripada penggunaan hadiah.
  8. Dengan menerima atau menggunakan mana-mana hadiah peraduan, peserta bersetuju untuk melepaskan tanggu ngan Pihak Penganjur, semua rakan niaganya dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan Promosi ini, termasuk pengarah, pegawai, kakitangan dan ejen mereka daripada mana-mana tuntutan, pendakwaan, penghakiman, kerosakan, kerugian atau liabiliti yang ditanggung, berkaitan dengan penyertaannya dalam Peraduan ini, penerimaan dan/atau penebusan dan/atau penggunaan bagi mana-mana hadiah.
  9. Pihak Penganjur berhak dalam budi bicaranya, untuk mengubah, menolak atau membatalkan sebarang penyertaan termasuk dan tidak terhad kepada, penyertaan yang mengandungi sebarang elemen yang berkaitan dengan bayi dan/atau produk terpilih yang melanggar Kod Etika Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
  10. Semua penyertaan akan ditapis bagi tujuan pengesahan dan pemeriksaan mengikuti terma dan syarat yang dinyatakan di Kluasa 7 dan 13.
  11. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa keingkaran atau kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, wabak, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah Pihak Penganjur.
  12. Pihak Penganjur berhak memindahkan butiran peribadi (termasuk, tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Promosi ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetul atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran peribadi daripada Pihak Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui emel ke privacy.my@danone.com . Rujuk http://www.dugro.com.my/pdpa-clause untuk Notis Penuh di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
  13. Dengan menyertai Promosi ini, Peserta bersetuju untuk menerima terma dan syarat yang tertera dan bersetuju bahawa keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.
  14. Pihak Penganjur berhak mengubah, membatal, menamatkan, menangguhkan atau menggantung Peraduan ini dengan terbitan notis di laman web Dugro® atau dalam apa-apa cara lain yang difikir sesuai oleh Pihak Penganjur. Peserta tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan dari Pihak Penganjur bagi sebarang kerugian yang dialami.
  15. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang berkenaan dengan kerugian atau kerosakan yang timbul dengan penggunaan hadiah atau penyertaan Peserta dalam Peraduan ini terhadap Pihak Penganjur dan/atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejensi terlantik (termasuk pembekal atau mana-mana pihak ketiga).

Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila hubungi Hotline 03-5635 1391, Isnin – Jumaat, 10 pagi - 5 petang kecuali cuti umum.