Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Komitmen Kami untuk sentiasa di sisi para Ibu Bapa di Malaysia

Kepada Ibu dan Bapa,

Berikutan pengumuman rasmi yang dibuat oleh Perdana Menteri bahawa Malaysia kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, di mana semua perniagaan diarahkan untuk ditutup kecuali mereka yang tergolong di dalam kategori perkhidmatan penting, kami ingin memaklumkan bahawa produk kami akan terus boleh didapati di premis perniagaan runcit dan secara dalam talian (melalui platform e-dagang).

Di dalam situasi yang benar-benar luar biasa ini, kami memahami kebimbangan ibu bapa Malaysia terhadap bekalan susu anak-anak mereka. Kami dengan ini, ingin memberi jaminan bahawa susu formula daripada Danone Specialized Nutrition adalah mencukupi demi memastikan anak anda terus menerima nutrisi penting yang diperlukan untuk kesihatan mereka. Kami juga menggesa ibu bapa agar membeli dalam kuantiti yang diperlukan dan munasabah untuk membolehkan ibu bapa dan anak-anak lain turut mempunyai akses kepada produk makanan penting ini.

Danone Specialized Nutrition Malaysia terus komited untuk melaksanakan tugasnya dalam memberikan sokongan kepada ibu bapa untuk bersama-sama menghadapi pandemik global yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Keselamatan dan kualiti produk kami serta sokongan kepada pengguna tetap menjadi keutamaan nombor satu kami.

Talian Careline kami terdiri daripada pakar dan ibu bapa, masih boleh dihubungi 24/7 untuk terus memberikan sokongan kepada anda di saat-saat mencabar ini. Sila hubungi Careline kami di 1800-38-1038 jika anda memerlukan sebarang penjelasan lanjut.

Bersama lebih selamat dan bersatu.

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x