Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Si Manja anda BUKAN Orang Dewasa Kecil​

Tahukah Mama dan Papa, keperluan nutrisi Si Manja anda berbeza daripada keperluan anda? Si Manja memerlukan nutrien untuk tumbesaran dan perkembangannya, sedangkan makanan anda hanya diperlukan untuk pengekalan dan pemeliharaan tubuh badan dewasa anda.​

Oleh itu, diet Si Manja harus dipilih dengan teliti.​

Proses pertumbuhan awal Si Manja penting kerana pada tempoh ini, mereka mengalami perkembangan yang ketara. Fasa perkembangan yang cepat ini memerlukan diet yang kaya dengan pelbagai nutrien untuk menyokong kesihatannya sekarang, untuk membina asas yang kukuh untuk tumbesaran dan perkembangan pada masa depan.​

Antara usia 1 dan 3, berat badan Si Manja akan meningkat sekitar 40%, dan ketinggiannya akan meningkat sekitar 25%!* Semua organnya akan terus berkembang untuk menyokong tubuh badannya yang kian hari membesar.​

Setiap hari, perkembangan hariannya akan jelas kelihatan: lebih banyak berinteraksi dengan anda, bermain, dan semakin berdikari. Kegiatan fizikal dan mental yang bertambah membolehkan Si Manja anda progres daripada disuap kepada aktiviti yang lebih rumit seperti boleh makan sendiri, membuat katil, memakai baju sendiri. 

Tahukah anda, menjelang ulang tahun ketiga, pertumbuhan otak Si Manja anda akan mencapai 85% saiz penuhnya?*​

Untuk menyokong perkembangan ini, Si Manja memerlukan diet yang sihat - kaya dengan pelbagai nutrien. Namun demikian, keperluan nutrisinya berbeza dengan orang dewasa.​

*Rujukan: Koletzko B (ed): Kinderheilkunde und. Jugendmedizin , ed 13. Berlin, Springer,. 2007​

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x