Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Nutrien-nutrien Penting Bagi Membantu Si Manja Mencapai Perkembangan 360

Semua kanak-kanak memerlukan pelbagai vitamin dan mineral penting demi perkembangan optimum, seperti Vitamin A untuk menyokong daya penglihatan dan Vitamin D untuk membina tulang yang kuat. Jika ibu bapa tertanya-tanya apakah vitamin yang paling baik untuk Si Manja, jawapannya ada di dalam dapur. Untuk pengetahuan ibu bapa, makanan yang kaya dengan nutrien seperti sayur- sayuran, buah- buahan, ikan dan lain- lain dapat membekalkan keperluan nutrien Si Manja melalui pemakanan harian yang seimbang.

Memahami vitamin

Terdapat 2 jenis vitamin yang penting: vitamin larut lemak dan vitamin larut air. Vitamin A, D. E dan K adalah tergolong dalam kategori vitamin larut lemak. Tetapi persoalannya di sini, apakah vitamin larut lemak ini? Secara ringkasnya, vitamin ini boleh disimpan di dalam hati dan tisu lemak dalam tubuh Si Manja selama sehingga 6 bulan. Tubuh akan menyerap segala kebaikan vitamin ini apabila mereka memerlukannya. Boleh dikatakan bahawa vitamin ini tersimpan dalam jangka waktu yang lama dalam sistem tubuh Si Manja.

Bagaimana vitamin meningkatkan ketahanan tubuh

Berikut adalah antara vitamin penting dan sumber makanan yang diperlukan: 

Jenis vitamin

Fungsi

Sumber

Vitamin A

Menyokong daya penglihatan, pertumbuhan, fungsi imun

Daging, susu, telur, lobak merah dan ubi kentang

Vitamin B1

Membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan

Ikan, daging, roti mil penuh dan bijirin yang diperkuat

Vitamin B2

Mengeluarkan tenaga daripada makanan

Yogurt, daging, telur, roti mil penuh dan bijirin yang diperkayakan

Vitamin B6

Meningkatkan fungsi otak dan pengeluaran sel darah merah

Daging, ikan, makanan bijian, sayur-sayuran dan kekacang

Vitamin C

Membina kolagen, mencegah jangkitan, meningkatkan penyerapan zat besi, mengekalkan kesihatan gigi dan gusi

Buah limau, cili capsicum dan sayur-sayuran

Vitamin D

Meningkatkan penyerapan kalsium, perkembangan tulang yang sihat

Cahaya matahari, kuning telor, minyak ikan, minyak limpa ikan, mentega dan marjerin

Mineral penting

Selain daripada vitamin, Si Manja juga memerlukan mineral, terutamanya zat besi di dalam diet mereka untuk ketahanan fizikal dan cepat belajar dengan daya ingatan yang baik. Zat besi diperlukan untuk menghasilkan protein di dalam sel darah merah dan protein ini membantu untuk memberikan oksigen kepada semua bahagian tubuh, Kekurangan kandungan zat besi di dalam diet Si Manja boleh menyebabkan mereka menjadi pucat, keletihan, kurang selera makan dan boleh memberikan kesan terhadap perkembangan otak.

Berapa banyakkah zat besi yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak? Kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun memerlukan sebanyak 6mg. Sama seperti vitamin, zat besi juga boleh dibahagikan ke dalam 2 kategori utama: zat besi hem dan zat besi bukan hem. Zat besi hem mudah diserap oleh tubuh, dan ia boleh didapati daripada daging seperti daging lembu, kambing dan ayam.

Zat besi bukan hem boleh dijumpai di dalam sumber tumbuh-tumbuhan. Sayur-sayuran seperti brokoli, bayam dan kacang hijau merupakan sumber terunggul untuk mendapatkan zat besi bukan hem. Vitamin C membantu tubuh Si Manja untuk menyerap zat besi dengan lebih baik apabila dihidangkan bersama makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti potongan buah limau atau buah beri sebagai juadah pencuci mulut.

Kalsium dan zink juga penting untuk kanak-kanak. Ia adalah sumber yang paling baik untuk menguatkan gigi dan tulang. Kini terdapat banyak makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju, yogurt, tauhu dan ikan salmon. Zink memainkan peranan yang penting untuk pertumbuhan, menyembuhkan luka dan memperkuatkan sistem imun. Oleh itu, pastikan ibu bapa berikan lebih daging, daging ayam, makanan laut, susu dan bijirin penuh kepada Si Manja untuk melengkapkan keperluan zink.

Adakah saya perlu berikan anak saya pelbagai nutrien?

Kita memang sentiasa ingin meningkatkan ketahanan fizikal dengan pelbagai nutrien sejak dari umur yang muda.

Nutrien-nutrien penting seperti DHA, vitamin C, kalsium, vitamin D, A & E bersama kasih sayang ibu bapa adalah penting untuk perkembangan optimum kanak-kanak pada masa hadapan. Namun, jangan lupa untuk berikan diet pemakanan harian yang seimbang, agar Si Manja mendapat segala vitamin dan mineral yang diperlukan.

Jika perlu, sila temui pakar nutrisi untuk dapatkan pandangan sebelum anda memberikan Si Manja pelbagai nutrien.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x