Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

 

Manfaat Kalsium - Sumber & Kepentingan untuk Anak

Saranan pengambilan nutrien harian Malaysia untuk kalsium* adalah 700mg untuk kanak-kanak berumur antara 1 dan 3 tahun, dan 1000mg untuk kanak-kanak berumur antara 4 dan 6 tahun.​

Bahan tenusu, susu dan tofu merupakan sumber kalsium yang baik. Si Manja anda perlu mengamalkan pendietan yang pelbagai dan seimbang untuk mendapat jumlah kalsium yang secukupnya.​

Oleh itu, berikan Si Manja anda tidak lebih daripada 3 gelas susu jika berumur antara 1 dan 3 tahun, dan 2 gelas jika berumur 3 tahun ke atas agar tidak terlalu kenyang susu dan untuk memastikan adanya ruang perut untuk makanan lain. ​

Hidangan harian (3 gelas) Dugro® Langkah 3 membantu kanak-kanak yang berumur antara 1 dan 3 tahun memenuhi 100% daripada pengambilan kalsium harian yang disarankan.​

Untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas, hidangan harian (2 gelas) Dugro® Langkah 4 memenuhi 63% daripada pengambilan kalsium harian yang disarankan.​

Berikut merupakan sumber kalsium yang baik:​

*Rujukan: Saranan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia 2017 ​

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x