Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Pemilihan Susu Formula untuk Perkembangan Anak Anda

Dengan begitu banyak pilihan susu di pasaran, pemilihan susu untuk Si Manja anda yang berumur 1 hingga 3 tahun mungkin boleh membingungkan.​

Kami di sini untuk membantu menjelaskan kekeliruan anda.​

Jika anda bimbang Si Manja anda tidak minum susu yang mencukupi atau minum terlalu banyak, atau bingung dengan pelbagai jenis susu, teruskan membaca.​

Berapa banyak susu yang patut diminum Si Manja saya?​

Piramid Pemakanan Malaysia mengesyorkan sehingga 3 hidangan susu setiap hari.​

Bahan tenusu, susu dan tofu merupakan sumber kalsium yang baik. Si Manja anda perlu mengamalkan pendietan yang pelbagai dan seimbang untuk mendapat jumlah kalsium yang secukupnya.​

 

Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak seperti Dugro NextGen Nutri boleh dijadikan salah satu pilihan yang baik untuk melengkapkan diet harian Si Manja.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x