Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

image

Bagaimana Sistem Imun Si Manja Berkembang

 

 

Bagaimana Sistem Imun Si Manja Berkembang

Si Manja lebih mudah jatuh sakit berbanding orang dewasa. Ia adalah normal kerana sistem imun Si Manja masih belum matang sepenuhnya.

Apabila Si Manja jatuh sakit kerana jangkitan virus, bakteria atau parasit, sistem imun badan akan bertindak untuk melawan dan mengawal jangkitan tersebut. Setelah Si Manja pulih, mereka akan mendapat memori imunologi. Ini bermakna, dari semasa ke semasa, perlindungan yang diberikan oleh tindak balas sistem imun akan meningkat dan Si Manja akan mengalami kurang jangkitan apabila mereka semakin dewasa. 

image

Terdapat banyak faktor dalam perkembangan sistem imun Si Manja. Bakteria yang baik dalam usus memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan sistem percernaan yang sihat. Membenarkan Si Manja terdedah secara semula jadi dengan kuman di persekitaran juga akan membantu mengembangkan sistem imun Si Manja. Akhir sekali, pengambilan nutrien dari makanan harian sama pentingnya untuk membina sistem imun yang kuat.

References

Simon, A., Hollander, G., & McMichael, A. (2015). Proceedings Of The Royal Society B: Biological Sciences, 282(1821), 20143085.

https://doi.org/10.1098/rspb.2014.3085

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x