ADAKAH SI MANJA ANDA MENGALAMI ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU?

article1image

Gejala-gejala umum yang boleh dikesan antara Si Manja yang mengalami alahan protein susu lembu adalah:

● Ekzema/Gatal-gatal

● Mata berair, merah atau gatal

● Cirit-birit

● Muntah

● Hidung berhingus

● Bersin

● Batuk yang Berterusan

Gejala boleh dilihat selepas Si Manja terdedah kepada protein susu lembu. Sesetangah kanak-kanak mungkin menunjukkan lebih daripada satu gejala dan inilah gejala-gejala yang anda perlu awasi.

Maklumat ini berguna untuk kanak-kanak yang mengambil susu untuk kanak-kanak membesar. Sila merujuk kepada doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan perubatan atau untuk diagnosis yang tepat.

ARTIKEL 1: APAKAH ITU ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU?

Alahan protein susu lembu merupakan alahan yang paling umum di kalangan kanak-kanak.1 Ia adalah tindak balas sistem imun yang hipersensitif terhadap protein yang terdapat di dalam susu lembu. Sistem imun tersilap mengesan protein susu lembu sebagai sesuatu yang perlu dielakkan, dan mencetuskan tindak balas alergi.

5 - 8% kanak - kanak di seluruh dunia mengalami alahan protein susu lembu 2-6

Ramai kanak-kanak masih tidak dapat mengatasi alahan protein susu lembu, malah alahan tersebut berterusan sehingga peringkat remaja. Statistik menunjukkan 1.0 - 17.5% kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-kanak prasekolah dan 1.0 - 13.5% adalah kanak-kanak yang berusia 5 - 16 tahun.7

 

Kebanyakan kanak - kanak tidak dapat mengatasi alahan protein susu lembu

 

article1image

Umur (Tahun)

Lulus cabaran makanan

Lulus cabaran makanan atau susu lembu lgE <3kU /L dan tiada simptom dalam masa 12 bulan

Lulus cabaran makanan atau susu lembu lgE <15kU A/L dan tiada simptom dalam masa 12 bulan

*Didapati daripadaSkripak JM, Matsui EC, Mudd K, et al. The natural history of lgE-mediated cow’s milk allergy. J Allergy Clin Immunal 2007;120:1127-1177.

 

 

Alahan protein susu lembu akan berterusan sehingga 12 tahun dalam ⅓ daripada kanak - kanak ini dan 12% kekal mengalami alahan tersebut sehingga berusia 18 tahun

 

Rujukan

1.     Malaysian Society of Allergy and Immunology, Malaysian Paediatric Association. Pocket guide on the management of cow’s milk protein allergy in children 2012.

2.     Host A, et al. Pediatr Allergy Immunol 2002; 13 Suppl 15:23-8.

3.     Saarinen KM, et al. J Allergy Clin Immunol 1999; 104:(2 Pt 1)457-61.

4.     Kvenshagen B, et al. Acta Paediatr 2008; 97:(2)196-200.

5.     Schrander JJ, et al. Eur J Pediatr 1993; 152:(8)640-4.

6.     Venter C, et al. J Allercy Clin Immunol 2006;117:(5)1118-24.

7.     Roehr CC, et al. Clin Exp Allergy 2004; 34:(10)1534-41.