Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Khasiat Nutrisi Susu Formula Berasaskan Soya

Susu lembu mengandungi nutrien berkhasiat bagi perkembangan yang baik untuk kanak-kanak membesar. Namun, tidak semua kanak-kanak dapat menikmati kebaikan susu lembu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu ataupun tidak toleransi terhadap laktosa.

Banyak makanan mengandungi susu lembu, jadi para ibu mungkin bimbang Si Manja tidak mendapat nutrien secukupnya seperti protein dan kalsium jika mereka alah kepada protein susu lembu. Dugro® Soy adalah rumusan soya lengkap yang merupakan alternatif berkhasiat untuk kanak-kanak yang mengalami alahan protein susu lembu ataupun tidak toleransi terhadap laktosa. Ia mengandungi kebaikan yang sama seperti formula susu lembu untuk tumbesaran optimum kanak-kanak.

Berikut adalah maklumat nutrisi Dugro® Soy:

Profil Asid Amino (Protein)

Para ibu pasti ingin tahu jika sumber protein berasaskan soya mengandungi kebaikan yang sama seperti sumber protein daripada susu lembu. Kandungan Dugro® Soy dirumuskan dengan metionina, karnitina and taurina untuk membekalkan profil amino asid yang lebih menyeluruh untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Kalsium

Kalsium merupakan zat yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. 3 hidangan Dugro® Soy sehari memenuhi 77% Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI 2005) harian bagi Kalsium untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun. 2 hidangan Dugro® Soy sehari memenuhi 43% RNI 2005 harian bagi Kalsium untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun.

Untuk diet yang seimbang, sumber makanan selain susu lembu yang mengandungi kalsium seperti sayur brokoli, sawi, badam, tauhu, sardin, ikan bilis serta banyak lagi boleh diberikan kepada kanak-kanak yang alah terhadap protein susu lembu atau tidak toleransi terhadap laktosa.

Sila rujuk kepada doktor anda atau hubungi CareLine kami di 1800-38-1038 untuk maklumat lanjut.

 

Nutrisi Dugro® Soy

Dugro® Soy mengandungi 5 NUTRI berserta dengan DHA, ALA, LA, Kalsium, FOS, 14 vitamin & mineral yang penting untuk menyokong tumbesaran optimum Si Manja.

●        DHA ialah sejenis asid lemak yang penting.

●        FOS ialah sejenis serat makanan.

●        Calcium Penting untuk tulang dan gigi.

●        Vitamin APenting untuk kesihatan kulit dan mata.

●        Penting untuk tumbesaran.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x