Apakah Kebaikan Susu Formula Berasaskan Soya?

article1image

Apa Itu Susu Formula Berasaskan Soya?

Ia adalah susu berasaskan protein soya yang dirumuskan dengan vitamin, mineral dan nutrien utama. Ianya tidak mengandungi protein susu lembu dan sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak yang:

●        Didiagnos dengan alahan kepada protein susu lembu

Alahan protein susu lembu merupakan alahan yang paling umum di kalangan kanak-kanak1. Ia adalah tindak balas sistem imun yang hipersensitif terhadap protein yang terdapat di dalam susu lembu. Ia terjadi apabila sistem imun tersilap mengesan protein susu lembu sebagai sesuatu yang perlu dielakkan dan mencetuskan tindak balas alergi.

●        Tidak toleransi terhadap laktosa

Tidak toleransi terhadap laktosa berlaku pada kanak-kanak yang tidak berupaya menghasilkan enzim laktase yang cukup. Enzim ini diperlukan untuk menghadam laktosa. Laktosa pula adalah gula yang terdapat dalam susu lembu dan produk tenusu yang lain seperti ais krim, keju, susu kultur dan sebagainya.

●        Penyusuan semasa dan selepas cirit-birit

Jika anak anda mengalami pergerakan usus yang lebih banyak daripada biasa, kerap dengan najis yang lembik dan cair, dia mungkin mengalami cirit-birit. Antara sebab yang menyebabkan cirit-birit adalah radang dalam sistem penghadaman yang berlaku akibat jangkitan bakteria atau virus.

Berikan Si Manja anda susu formula berasaskan soya hanya atas nasihat doktor keluarga anda atau pakar kanak-kanak.

 

Rujukan
1.     Malaysian Society of Allergy and Immunology, Malaysian Paediatric Association. Pocket guide on the management of cow’s milk protein allergy in children 2012.

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.