Terma dan Syarat:
1. Beli & Menang (“Peraduan”) dianjurkan oleh Danone Specialized Nutrition (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Pihak Penganjur”). Dengan menyertai Peraduan, anda (“Peserta”):
a. mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima terma dan syarat Peraduan ini yang tertera di bawah ("Terma dan Syarat").
b. memberi kebenaran untuk memproseskan Data Peribadi anda menurut Terma dan Syarat ini dan notis privasi di pautan berikut: https://www.dugro.com.my/bm/privacypolicy.html atau https://www.mamil.com.my/en/privacy.php
c. bersetuju bahawa keputusan Pihak Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Peserta. Sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.
2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada tahun 2023) yang beralamat di Malaysia sahaja kecuali kakitangan Pihak Penganjur dan ahli keluarga terdekat termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/ pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam Peraduan ini..
3. Peraduan bermula pada 15 Mei 2023 dan berakhir pada 16 Julai 2023 (“Tempoh Peraduan”). Semua penyertaan Peraduan mesti diterima pada 17 Julai 2023 jam 23.59PM. Hanya resit asal bertarikh antara 15 Mei 2023 hingga 16 Julai 2023 (“Bukti Pembelian”) sah untuk peraduan ini. Bukti Pembelian mesti digunakan sekali sahaja. Sebarang penyertaan lewat atau penyertaan dengan bukti pembelian bertarikh bukan dalam tempoh peraduan yang dinyatakan tidak akan dilayan. Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa dengan pemberitahuan di https://www.dugro.com.my/bm.html atau dalam sebarang cara lain. Penyertaan peraduan dianggap diterima pada masa penerimaan melalui WhatsApp oleh Penganjur dan bukan pada masa penghantaran atau pengeposan. Komputer penganjur adalah peranti penyimpan masa rasmi untuk Peraduan.
4. Cara-cara penyertaan:
a. Peraduan hanya sah untuk setiap pembelian produk Dugro® Langkah 3/4/5 sebarang varian, Dugro® Sure, Dugro® Soy & Mamil® ("Produk Penyertaan”) bernilai RM30 & ke atas dalam satu resit asal layak untuk satu (1) penyertaan untuk peluang memenangi satu (1) Pakej Studio Gambar Keluarga bernilai RM 3,000 dan setiap pembelian bernilai RM 60 & ke atas untuk menebus Kredit RM 5 E-wallet ( Touch ‘n Go , GrabPay atau SarawakPay) . Sementara stok masih ada.
b. Semua penyertaan adalah terhad kepada produk yang dibeli daripada cawangan 99 Speed Mart Sdn Bhd (“Kedai Penyertaan”) semasa tempoh Peraduan.
c. Sembilan (9) Pemenang akan dipilih di akhir tempoh peraduan untuk Pakej Studio Gambar Keluarga bernilai RM 3000.
d. Hantarkan perkara 4, a & b melalui WhatsApp ke +6011-5411 5382 dengan <Nama>, <Nombor KP>, <99SM Beli&Menang> <No. Resit>, sertakan gambar bukti pembelian yang lengkap dan jelas.
Contoh: Nicole Lim, 860101-10-1234, 99SM Beli&Menang, QR000 dan sertakan gambar bukti pembelian
e. Bukti Pembelian dianggap sah dengan butiran berikut:
i. Masa dan tarikh pembelian.
ii. Nama Kedai [RS1] [LKL2] [LKL3] dan alamat Kedai menyertai tempat pembelian dibuat.
iii.Nombor resit pembelian[RS4] [LKL5] Produk Penyertaan.
iv. Penerangan penuh produk Dugro® / Mamil® dalam pembelian.
f. Peserta akan dimaklumkan dalam mesej balasan Whatsapp tentang status muat naik resit yang berjaya dan resit akan disahkan dalam tempoh 7 hari bekerja. Selepas pengesahan penerimaan dilakukan, mesej akan dihantar kepada peserta melalui Whatsapp untuk memaklumkan kejayaan atau kegagalan penyertaan. Sekiranya penyertaan gagal dihantar, sila hantar semula ke pautan yang diberikan dalam mesej Whatsapp.
g. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang asal (sebarang Bukti Pembelian yang telah difotokopikan tidak akan diterima) yang dikehendaki dan mencukupi. Setiap Bukti Pembelian hanya layak untuk satu penyertaan sahaja. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan Bukti Pembelian yang salah, tidak lengkap dan tidak jelas.
5. Peringkat Penyertaan Peraduan : -
a. Penyertaan dibezakan kepada dua (2) peringkat yang berbeza.
Peringkat
| Mekanik
|
Tahap 1
| Dengan pembelian minimum pada RM30 Produk Dugro® / Mamil® di 99 Speedmart dalam satu (1) resit tunggal, Peserta layak mendapat satu (1) Penyertaan untuk peraduan Pakej Studio Gambar Keluarga bernilai RM 3000
|
Tahap 2
| Dengan pembelian minimum pada RM60 Produk Dugro® / Mamil® di 99 Speedmart dalam satu (1) resit tunggal, Peserta layak mendapat:
a. Satu (1) Penyertaan untuk peraduan Pakej Studio Gambar Keluarga bernilai RM 3000
b. Penebusan satu (1) PIN Touch ‘n Go Reload (Malaysia Barat) ATAU Grab Universal Voucher (Sabah) ATAU E-Kredit Sarawak Pay (Sarawak) bernilai RM5
|
a. Hadiah Mingguan x 9 Pemenang – Pakej Studio Gambar Keluarga bernilai RM 3,000.
i. Rujuk jadual di bawah untuk minggu peraduan yang diperuntukkan untuk minggu tersebut:
Minggu
| Tarikh
|
---|
1 | 15 Mei – 21 Mei 2023 |
2 | 22 Mei – 28 Mei 2023 |
3 | 29 Mei – 4 Jun 2023 |
4 | 5 Jun – 11 Jun 2023 |
5 | 12 Jun – 18 Jun 2023 |
6 | 19 Jun – 25 Jun 2023 |
7 | 26 Jun – 2 Julai 2023 |
8 | 3 Julai 2023 – 9 Julai 2023 |
9 | 10 Julai 2023 – 16 Julai 2023 |
ii. Seramai sembilan (9) Pemenang akan dipilih sepanjang tempoh peraduan berdasarkan Kriteria Penyertaan Lengkap dan Kriteria Pemilihan. Sebarang penyertaan yang tidak lengkap akan terbatal secara automatik.
iii. Kriteria Pemilihan: Pemenang akan dipilih secara rawak daripada penyertaan yang telah layak dan penyertaan berjaya diterima berdasarkan kriteria yang tertera.
iv. Senarai pemenang mingguan akan diumumkan di Halaman Facebook Dumex Dugro® di akhir pada bulan Jun & Julai 2023. Setiap peserta layak memenangi SATU (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
v. Pemberian hadiah mingguan semuanya akan dilakukan selepas 16 Julai 2023. Penganjur kemudian akan menghubungi Pemenang melalui Whatsapp (+6011-54115382) untuk pemenuhan hadiah.
vi. Penebusan Pakej Studio Gambar Keluarga bernilai RM 3000untuk penggambaran akan dipersetujuidi antara ‘’Pihak Penganjur’’ dengan ‘’Pemenang’’ Mingguan. Setelah tarikh penggambaran foto dipersetujui antara dua pihak, perubahan tarikh tidak dibenarkan. ‘’Pihak Penganjur’’ tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang tuntutan setelah penangkapan foto selesai.[SR6] [LKL7] [LKL8]
vii. Lokasi studio bergambar untuk penebusan Pakej Studio Gambar Keluarga bernilai RM 3000tertakluk kepada alamat yang diberikan oleh Pemenang, dan jika alamat tidak dihantar selepas empat belas (14) hari bekerja selepas pengumuman atau notis kepada Pemenang, ‘’Pihak Penganjur’’ tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan atau mengeluarkan semula hadiah sekali lagi. Penghantaran hendaklah terhad kepada alamat Malaysia sahaja.[SR9] [LKL10]
viii. Sekiranya, pemenang memilih kedai studio gambar yang tidak berada dalam senarai kedai studio gambar terpilih atas sebab-sebab tertentu , dengan persetujuan Pihak Penganjur pemenang boleh menebus Pakej Studio Gambar Keluarga bernilai RM 3000 di studio gambar yang dipilih Pemenang. [SR11] [LKL12]
ix.. Jika pakej gambar studio melebihi nilai RM3,000, Pemenang dikehendaki membayar perbezaan nilai pakej studio gambar keluarga tersebut dengan duit sendiri. Pihak penganjur juga tidak akan membayar baki nilai pakej studio gambar keluarga sekiranya pakej dipilih kurang daripada nilai pakej diberi iaitu RM3,000.
x. Pemenang akan dikehendaki memberikan butiran peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama penuh seperti dalam NRIC, nombor telefon dan alamat surat-menyurat tempatan. Selepas pengesahan butiran yang diperlukan oleh Danone Specialized Nutrition, pemenang akan diisytiharkan sebagai Pemenang rasmi dan butiran peribadi yang diberikan olehnya, akan digunakan untuk penghantaran hadiah.
xi. Sekiranya ditentukan bahawa mana-mana Pemenang tidak mematuhi Terma dan Syarat ini, telah gagal untuk melaksanakan dan memulangkan sebarang dokumen yang diperlukan dalam tempoh masa yang ditetapkan selama empat puluh lapan (48) jam, telah membuat kenyataan palsu atau pemberitahuan hadiah dikembalikan sebagai tidak boleh dihantar, maka pemenang akan dibatalkan kelayakannya dan selepas kehilangan kelayakan ini dan mengikut budi bicara Danone Specialized Nutrition, satu lagi penyertaan Peraduan yang layak boleh diisytiharkan sebagai Pemenang ganti.
b. KELAYAKAN DAN PENEBUSAN E-WALLET
i. Peserta layak untuk menebus dengan pembelian transaksi dari 15 Mei 2023 hingga 16 Julai 2023.
ii. Setiap Peserta layak untuk SATU (1) penebusan baucar dalam satu resit, dengan penyertaan tanpa had bagi setiap akaun untuk penebusan E-Wallet[SR13] [LKL14] . Penebusan kredit E-wallet adalah sehingga sementara stok masih ada.
iii. Penebusan kredit E-wallet hanya sah semantara stok masih ada.
iv. Tiada had dalam Penyertaan untuk peraduan[SR15] [LKL16] . Peserta dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak kali mereka mahu meningkatkan peluang mereka untuk menang.
v. Penyertaan adalah sah untuk SEMUA cawangan 99 Speedmart yang Menyertai di Semenanjung & Malaysia Timur peraduan untuk Dugro® & Mamil® semasa Tempoh Promosi.
vi. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta terpilih yang layak tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Jika atas sebarang sebab (cth. tiada balasan, no. telefon dengan syarat tidak dalam perkhidmatan, tiada sambungan rangkaian dll), peserta yang layak yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan, hadiah akan dibatalkan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta yang layak tidak dapat dihubungi untuk sebarang sebab.
vii. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak dan berhak untuk memilih peserta alternatif yang layak yang akan tertakluk kepada peraturan yang sama. [SR17] [LKL18] Untuk tujuan kesaksamaan dan mengelakkan sebarang pertikaian, semua perbualan telefon yang berkaitan boleh dipantau dan direkodkan. Penyertaan berterusan anda dalam perbualan telefon ini berfungsi sebagai persetujuan nyata untuk dipantau dan dirakam. Penganjur akan mempunyai budi bicara mutlak dan berhak untuk memilih peserta alternatif yang layak yang akan tertakluk kepada peraturan yang sama.
viii. Sebarang resit atau invois dalam syarat yang tidak jelas, tidak betul, pendua, salinan, hilang, tidak boleh dibaca atau tidak lengkap tidak akan diterima.
ix. Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu.
x. Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh ditebus, dan tidak boleh dipindah milik untuk wang tunai atau tawaran lain dalam apa jua bentuk atau untuk dijual semula dalam apa jua keadaan.
c. TERMA SYARAT KREDIT E-WALLET
Semua PIN Touch ‘n Go Reload (Malaysia Barat) ATAU Baucar Universal Grab (Sabah) ATAU e-Kredit Sarawak Pay (Sarawak) yang diterima oleh peserta mesti digunakan sebelum tarikh luput dan mengikut terma dan syaratnya. Penganjur atau Touch ‘n Go atau Grab atau Sarawak Pay tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh peserta dengan PIN / e-Baucar / e-Kredit tamat tempoh.
PIN TOUCH ‘N GO EWALLET MUAT SEMULA
a. Hanya SATU (1) Ganjaran PIN Muat Semula boleh digunakan setiap tambah nilai.
b. Ganjaran PIN Muat Semula Terpakai tidak boleh diterbalikkan. Setelah digunakan, amaun tersebut tidak boleh ditukar atau dikembalikan untuk kredit, tunai, atau penggantian tersebut sebahagian atau sepenuhnya.
c. TNG Digital tidak akan dalam apa-apa cara menghubungi pengguna untuk sebarang maklumat peribadi atau kelayakan akaun untuk Kempen ini.
d. Muat semula PIN akan tamat tempoh pada 31 Julai 2023.
GRAB UNIVERSAL BAUCAR
a. Pengguna mesti memasukkan kod promosi semasa pembayaran untuk layak mendapat diskaun.
b. Kod promo ini sah untuk (1) SATU pesanan daripada perkhidmatan di GrabFood, GrabRide, GrabExpress atau GrabMart.
c. Kod promosi ini akan tamat tempoh pada 31 Julai 2023.
d. Promosi tidak sah dengan mana-mana baucar atau promosi lain.
e. Grab berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan promosi, atau meminda terma dan syarat mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada promosi, keputusan Grab adalah muktamad.
SARAWAK PAY E-KREDIT
a. Pengguna mesti memberikan butiran seperti di bawah pada halaman mikro "Tuntutan Ganjaran":
i. Nama pengguna / ID SPayGlobal
ii. Nombor kad pengenalan
iii. Nombor telefon (berdaftar dengan SPayGlobal)
iv. Nama Penuh seperti dalam NRIC
b. Ia akan terus didebitkan ke E-Wallet pengguna, sila pastikan E-wallet anda tidak mempunyai jumlah maksimum daripada jumlah E-wallet iaitu RM3,000.
c. S PAY GLOBAL mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak sama ada untuk memberikan penguna Perkhidmatan atau tidak.
d. Sila berikan sekurang-kurangnya 7 hari bekerja untuk Sarawak Pay mendebitkan ganjaran kepada E-wallet pengguna.
6. Sebarang item yang dipulangkan kepada Pihak Pengajur dan tidak ditebus akan dilucuthakkan.
7. Hadiah tidak boleh dipindah milik, ditukar dan ditebus dengan wang tunai.
a. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Peraduan ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut:- (a) Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan; (b) Kesilapan manusia dan kegagalan elektronik/teknikal dalam pentadbiran Peraduan ini; (c) Sebarang penyertaan yang salah dihantar atau tidak diterima; dan (d) Semua liabiliti (termasuk kematian) yang terlibat sama ada disebabkan penggunaan hadiah dan/atau penyertaannya dalam Peraduan ini secara langsung atau tidak langsung.
b. Pihak Penganjur berhak dalam budi bicaranya untuk menolak atau membatalkan sebarang penyertaan yang salah, tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat dan/atau tidak mempunyai Bukti Pembelian yang betul. Sebarang penyertaan yang mengandungi unsur-unsur dakwaan atau fitnah, melibatkan peniruan, melanggari (atau mungkin melanggari) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup mahupun yang sudah mati (termasuk hak-hak privasi, publisiti atau gambaran yang palsu) akan dilucuthakkan secara automatik.
c. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang sama atau hampir sama tanpa sebarang notis. Pihak Penganjur tidak akan memberi apa jua jaminan mengenai penjualan, kualiti hadiah atau kesesuaian penggunaan atas sebarang tujuan.
d. Pihak Penganjur berhak dalam budi bicaranya, untuk mengubah, menolak atau membatalkan sebarang penyertaan termasuk dan tidak terhad kepada, penyertaan yang mengandungi sebarang elemen yang berkaitan dengan bayi dan/atau produk terpilih yang melanggar Kod Etika Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
e. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa keingkaran atau kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, wabak, kuarantin, kesekatan kerajaan atau tindakan kerajaan, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah Pihak Penganjur.
f. Peserta adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi menanggung semua risiko, liabiliti, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Peraduan ini dan daripada penggunaan hadiah.
g. Dengan menerima atau menggunakan mana-mana hadiah peraduan, peserta bersetuju untuk melepaskan tanggungan Pihak Penganjur, semua rakan niaganya dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan Peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai, kakitangan dan ejen mereka daripada mana-mana tuntutan, pendakwaan, penghakiman, kerosakan, kerugian atau liabiliti yang ditanggung, berkaitan dengan penyertaannya dalam Peraduan ini, penerimaan dan/atau penebusan dan/atau penggunaan bagi mana-mana hadiah.
h. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang berkenaan dengan kerugian atau kerosakan yang timbul dengan penggunaan hadiah atau penyertaan Peserta dalam Peraduan ini terhadap Pihak Penganjur dan/atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau agensi terlantik (termasuk pembekal atau mana-mana pihak ketiga).
i. Dengan menyertai Peraduan ini dan penerimaan hadiah, pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar (termasuk gambar studio keluarga Pemenang peraduan ini), butiran peribadi, dokumen, dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Peraduan ini dari semasa ke semasa.
j. Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Peraduan ini akan menjadi hak milik Pihak Penganjur.
k. Pemprosesan Data Peribadi. Dengan menyertai Peraduan, Peserta telah bersetuju untuk Pihak Penganjur berhak memindahkan butiran peribadi (termasuk dan tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Peraduan ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetul atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran peribadi daripada Pihak Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui emel ke privacy.my@danone.com atau melalui telefon: 1800 38 1038. Rujuk https://www.dugro.com.my/bm/privacypolicy.html untuk Notis Penuh di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
l. Pihak Penganjur berhak mengubah, membatal, menamatkan, menangguhkan atau menggantung Peraduan ini dengan memberi notis terlebih dahulu dilaman web (https://www.dugro.com.my/bm/terma-dan-syarat.html), dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa termasuk mengubah Tempoh Peraduan, membuat penggantian hadiah, membatalkan atau menamatkan atau menggantung Peraduan secara keseluruhan atau sebahagian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma dan Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan Peserta berterusan di dalam Peraduan ini menandakan penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat (sebagaimana yang diubah). Peserta tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan daripada Pihak Penganjur bagi sebarang kerugian yang dialami.