Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Cara untuk Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Kanak-Kanak

Menggalakkan Si Manja untuk membaca di awal usia dapat membantu mereka untuk minat membaca hingga dewasa. Apa yang Mama boleh lakukan?

●        Baca buku cerita untuk Si Manja anda. Nada yang digunakan semasa membaca dapat membantu Si Manja melatih daya ingatan mereka. Ia juga membantu Si Manja mengenali bunyi di sekeliling dan mengaitkan semula dengan cerita yang dibaca kepada mereka.

●        Luangkan masa membaca untuk Si Manja bagi  memupuk minat mereka dengan buku cerita . Lebih banyak Mama membaca untuk Si Manja, lebih banyak perhatian yang diberikan oleh mereka. Lama-kelamaan, Si Manja akan memilih sendiri buku untuk Mama bacakan.

●        Sesi membaca bersama Mama papa merapatkan lagi hubungan serta menjadikan Si Manja lebih berminat untuk  memilih buku yang hendak dibaca.

●        Mama boleh membantu Si Manja untuk menyebut abjad  dan perkataan bagi melatih sebutan mereka. Si Manja akan mula belajar menyebut dengan cara mereka mengikut apa yang dibaca oleh mama papa.

Mama papa boleh melatih Si Manja untuk membaca dengan tip mudah ini:

Membaca bersama Si Manja

Luangkan masa setiap hari dengan membaca untuk Si Manja dan jangan risau jika mereka hanya menunjukkan minat buat seketika. Galakkan Si Manja untuk

menyentuh buku, menyelak setiap halaman dan biarkan mereka melihat dan mengenal setiap warna, lukisan dan bentuk dalam buku  tersebut. Secara tidak langsung,

anda akan tahu apa yang diminati Si Manja dan tarik minat mereka pada sesi yang berikutnya.

Buku bergambar

Untuk kanak-kanak berusia 3-5 tahun, pilih buku bergambar atau buku “pop up” dimana setiap halaman menghasilkan bentuk yang berbeza yang dapat membantu meningkatkan minat Si Manja. Biarkan Si Manja meneroka setiap halaman dan biarkan mereka mengikuti setiap kisah. Mama juga boleh berinteraksi dengan Si Manja tentang watak di dalam buku dan kaitkan watak tersebut dengan orang-orang yang terdekat dan kehidupan seharian.

Ceritakan tentang bagaimana cerita ini bermula dan berikan sedikit pendapat bagi membantu Si Manja memahami situasi yang diceritakan. Ini juga membantu kemahiran pemahaman serta menggalakkan Si Manja untuk membaca, berimaginasi, dan melancarkan kemahiran bahasa mereka.

 

Bercakap dengan Si Manja

Mendengar, bercakap, membaca dan menulis adalah pencetus kepada kemahiran membaca Si Manja. Mereka harus mengenal ilmu fonetik perkataan dan hubungan antara bahasa sebelum mereka mula membaca. Lebih banyak Si Manja ketahui tentang ilmu ini, lebih mudah untuk mereka gabungkan pengetahuan menggunakan tutur bahasa hingga ke penulisan. Bercakap tidak memerlukan masa atau peralatan khas tapi Mama boleh galakkan Si Manja pada bila-bila masa.

Interaksi dengan buku

Pada usia ini,  Mama perlu mencari buku-buku yang menarik minat Si Manja untuk membaca. Tiada jadual diperlukan untuk melatih Si Manja membaca cuma luangkan lebih masa buat mereka. Mama juga boleh menarik minat Si Manja untuk membaca dengan pelbagai cara seperti main sorok-sorok dengan buku, berpakaian sama seperti watak yang diceritakan, menyediakan hidangan yang digemari watak, melukis situasi yang terdapat dalam buku dan lain-lain. Terdapat juga buku sastera yang sesuai dibaca untuk Si Manja, yang memberikan peluang buat mereka menyanyi, bersajak atau buku permainan yang membenarkan Si Manja dan mama beraktiviti bersama. Kanak-kanak di usia 1 tahun ke atas akan mula menyebut dan bergerak mengikut rentak irama dan lagu puisi yang anda bacakan.

 

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x