Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Menerapkan Sikap Bantu-Membantu Di Kalangan Kanak-Kanak

Setiap Mama berharap agar Si Manja mereka berjaya. Biarpun definisi berjaya mungkin berbeza, membantu membina sikap yang baik di kalangan kanak-kanak seperti suka membantu dan disukai ramai merupakan kejayaan sebenar bagi seorang ibu.

Dengan bermulanya musim persekolahan, kami dapati ramai kanak-kanak hanya bergaul dengan kanak-kanak di dalam masyarakat hari ini. Sekolah bukan sahaja penting untuk perkembangan Si Manja, malah ia merupakan tempoh penting di mana mereka berinteraksi dalam kumpulan bersama kanak-kanak lain. Apakah perkara yang boleh dilakukan oleh Mama bagi membantu anak-anak mereka menjadi suka menolong, bersimpati dan bersosial dengan baik bersama kanak-kanak lain?

Rebut peluang untuk kanak-kanak menjadi ‘pembantu’.

Pertama, Mama harus menanamkan konsep ‘pembantu’ dalam diri anak-anak sebelum mereka mendaftar ke sekolah. Membantu orang lain sama seperti bersenam atau bermain alat muzik, ia perlu diamalkan setiap hari. Mama boleh merebut setiap peluang untuk melatih Si Manja menjadi ‘pembantu’. Sebagai contoh, mereka boleh menyuruh anak-anak membantu mengemas mainan mereka, membersihkan meja makan atau memungut sampah di lantai. Adalah lebih baik sekiranya Mama tidak memberi ganjaran kepada mereka supaya mereka tidak menganggap kerja-kerja membantu tersebut memberikan pulangan material.

Belajar membantu orang lain menerusi bermain.

Daripada membiarkan Si Manja bermain sendirian, Mama papa boleh mencuba permainan yang memerlukan kerjasama agar Si Manja  dapat belajar untuk membantu orang lain. Contohnya permainan seperti ‘hula hoop muzikal’ yang dimainkan oleh tiga orang (Mama, papa dan anak), tiga gelung hula diletakkan di atas lantai dan muzik dimainkan. Apabila muzik berhenti, semua pemain perlu melangkah ke dalam gelung hula. Dalam pusingan berikutnya, tahap kesukaran meningkat di mana bilangan gelung hula dikurangkan dan anak perlu memberi ruang kepada papa dan mama untuk berdiri dalam gelung hula yang sama. Ini dapat membantu mereka belajar konsep berdikari.

Binatang peliharaan.

Membela binatang peliharaan merupakan langkah ideal untuk membolehkan Si Manja belajar tentang rasa mengambil berat dan kasih sayang. Pilih binatang peliharaan yang sesuai dengan gaya hidup keluarga anda.

Jadikan teladan setiap masa.

Apa yang dilakukan lebih penting dari apa yang diucapkan. Mama papa perlu menonjolkan sikap suka membantu setiap hari walaupun untuk perkara kecil. Sebagai contoh, membuka pintu kepada orang tua dapat dijadikan contoh kepada kanak-kanak. Mama papa juga harus mengajar anak mereka untuk bersimpati dengan perasaan makhluk lain. Apabila bercerita tentang binatang yang hilang, kita boleh berkata kepada mereka, “Apa yang patut kita buat? Mesti kucing tu takut, kan? Kasihan tuan dia,”. Ini dapat menimbulkan sikap bersimpati di kalangan kanak-kanak. Ketika Si Manja menunjukkan sikap membantu, jangan lupa untuk memuji sebagai dorongan buat mereka.

Belajar bagaimana membantu orang lain dapat memberi manfaat untuk perkembangan Si Manja.

Jika Mama papa dapat mengajar Si Manja dengan sikap suka menolong dan rasa bertimbang rasa, ini akan menjadikan pembelajaran lebih seronok buat mereka dan rakan sekelas apabila sesi persekolahan bermula nanti. Perkara ini dapat membantu Si Manja untuk menjalani kehidupan penuh ceria yang penting untuk masa depan bersama.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x