Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Resepi Bubur Nasi Ikan - Cara Masak & Tips Menyimpan

 

BUBUR IKAN RIANG RIA

Masa Penyediaan: 25 minit

Bahan-Bahan:

●     ¼ cawan beras, dibersihkan

●     3 cawan stok ayam

●     ¼ cawan lobak merah dadu

●     ½ cawan potongan brokoli

●     2 sudu besar jagung

●     100g kepingan ikan dory, dihiris

 

Cara Penyediaan:

  1. Masak beras dan stok ayam sehingga lembut.
  2. Masukkan lobak merah, brokoli dan jagung.
  3. Apabila lobak merah empuk, masukkan ikan.
  4. Masak 1-2 minit lagi kemudian angkat.

 

Nota:

  1. Untuk bubur lebih hancur, tambahkan stok atau air.
  2. Boleh gantikan dengan sayur-sayuran yang digemari anak anda.
  3. Boleh juga masak nasi dan air pada hujung minggu. Apabila sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Letak di dalam peti sejuk. Bubur boleh disediakan di dalam periuk tekanan (pressure cooker).
  4. Stok ayam boleh dibuat pada hujung minggu. Letak di dalam bekas kecil di dalam peti pembeku. Tahan seminggu di dalam peti sejuk.
  5. Simpan brokoli dan lobak merah di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk.
  6. Bahagikan bubur ke dalam bekas untuk hidangan kemudian bekukan. Panaskan atau kukus di dalam periuk untuk disajikan bila perlu.

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x