Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

BURGER AYAM SAYANGKU

Masa Penyediaan: 20 minit

Bahan-Bahan:

●     2 sudu besar Susu Dugro®

●     2 sudu besar air suam

●     1 keping roti, disiat kecil

●     40g potongan lobak merah, dicelur

●     50g isi ayam cincang

●     Garam secukup rasa

●     2 sudu besar mentega

 

Untuk Menghidang:

●     2 ban burger

●     2 keping keju

●     Hirisan tomato

 

Cara Penyediaan:

  1. Larutkan Susu Dugro® dengan air suam. Rendam roti sehingga lembut.
  2. Cincang halus lobak merah dan brokoli. Gaulkan dengan bahan lain kecuali mentega.
  3. Bentukkan menjadi 2 kepingan setebal 1 cm. Panaskan 1 sudu besar mentega dan goreng sehingga masak.
  4. Sapukan roti dengan baki mentega dan panaskan. Hidangkan burger dengan keju dan tomato.

 

Nota:

 

  1. Boleh gantikan dengan sayur-sayuran yang digemari anak anda.
  2. Selain mencelur, anda boleh kukus sayur-sayuran.
  3. Jika isian burger agak kering (tidak bersatu), tambah sedikit telur yang dipukul.
  4. Isian burger boleh disediakan awal dan diletak di dalam peti pembeku. Untuk mengelak ia melekat, letak sekeping kertas kalis lekat.
  5. Simpan brokoli dan lobak merah di dalam bekas bertutup dan letak di dalam peti sejuk.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x