Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro®!

 

KEBAB IKAN COMEL

Masa Penyediaan: 15 minit

Bahan-Bahan

●     130g kepingan ikan dory, dadu 10

●     5 tomato ceri, dibelah 2

●     10 potongan brokoli, dicelur

●     1 sudu besar kicap manis

●     ½ sudu besar sos plam

●     1 sudu besar minyak jagung

●     Hirisan salad (untuk sajian)

Sos

●     3 sudu besar Susu Dugro®

●     2 sudu besar air suam

●     2 sudu besar Thousand Island Dressing

●     Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Gaul ikan, tomato, brokoli, kicap dan sos plam. Biar 10 minit.
  2. Cucuk ikan, tomato, brokoli pada lidi koktel.
  3. Panaskan minyak, masak kebab sehingga ikan masak.
  4. Untuk sos, kacau semua bahan sehingga sebati. Titiskan ke atas kebab.

Nota:

  1. Boleh gantikan dengan sayur-sayuran yang digemari anak anda.
  2. Kebab boleh digril, jika suka.
  3. Anda boleh perap (Langkah 1) selama 12 jam dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk.
  4. Simpan brokoli celur di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk.
  5. Letak baki sos di dalam bekas bertutup dan letak di dalam peti sejuk.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x