Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

NASI GORENG MERIAH

Masa Penyediaan: 20 minit

Bahan-Bahan:

●     ½ cawan beras, dibersihkan

●     1 cawan stok ayam

●     2 sudu besar mentega

●     100g dada ayam, didadu

●     ¼ cawan lobak merah dadu

●     ½ cawan kepingan brokoli

●     2 sudu besar jagung

●     2 biji telur

●     Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

  1. Tanak beras dan stok ayam sehingga masak. Biar sejuk.
  2. Panaskan mentega, goreng ayam separuh masak.
  3. Tambah lobak merah, brokoli dan jagung. Renjiskan sedikit air kemudian tutup.
  4. Apabila empuk, masukkan nasi. Kacau rata dan angkat.
  5. Pukul telur dan sedikit garam. Masak 2 keping telur dadar.
  6. Sudukan nasi goreng ke atas telur. Bungkus kemas dan hidangkan.

 

Nota:

  1. Boleh gantikan dengan sayur-sayuran yang digemari anak anda.
  2. Simpan brokoli dan lobak merah di dalam bekas bertutup dan letak di dalam peti sejuk.
  3. Nasi boleh dimasak pada hujung minggu. Apabila sejuk, simpan di dalam bekas bertutup dan letak di dalam peti sejuk.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x