Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Nasi Goreng Riang Ria

 

Dapatkan Si Manja makan set tengah hari yang penuh dengan sayur dan buah-buahan.

Bahan-bahan:

●     1½ cawan nasi Jepun

●     3cm daun bawang dihiris nipis

●     2 ulas bawang putih, dicincang halus

●     1 sudu kecil minyak bijan

●     1 sudu makan minyak sayuran

●     Sayur campur pilihan anda

●     Tofu telur dipotong tebal, digaul bersama tepung jagung dan digoreng sehingga perang keemasan

●     1 filet ayam, dipotong dua

●     Minyak untuk menggoreng filet ayam

●     2 biji telur

●     2 sudu makan tepung jagung

●     1 keping rumpai laut

●     Buah-buahan segar pilihan anda

●     Daun salad segar

●     Garam

●     Biji lada sulah

●     Serbuk lada sulah

Peralatan Lain:

●     Acuan nasi bento dan pemotong/penebuk rumpai laut (untuk membentuk dan mencantikkan bentuk nasi)

●     Penyepit

●     Kayu pencucuk koktel/ pencungkil gigi

●     Kertas pelapik

Cara Penyediaan:

1.    Tuangkan minyak ke dalam kuali supaya tidak melekat dan panaskan dengan api sederhana. Goreng daun bawang dan bawang putih hingga wangi, kemudian tambah garam dan lada sulah. Masukkan telur yang dipukul ke dalam bahan yang telah digoreng. Hancurkan telur pada api sederhana tapi berhati-hati supaya ia tidak hangus. Setelah masak, gaulkan dengan nasi Jepun dengan segera.

2.    Masukkan nasi ke dalam acuan dan tekan sehingga ia padat. Buat bentuk muka dengan menggunakan penebuk rumpai laut dan susun pada nasi yang dibentuk. (Anda boleh gunakan rumpai laut yang telah dipotong untuk menambah corak wajah ke mana-mana makanan, seperti taufu goreng).

3.    Celup ayam ke dalam telur (yang telah dicampur dengan garam dan lada sulah), kemudian celup ke dalam tepung jagung dan goreng sehingga kuning keemasan. (Anda juga boleh menggoreng ayam dalam penggoreng udara tanpa minyak atau dengan sedikit minyak sahaja).

4.    Lapik Bekas Nutrisi Dugro dengan kertas bercorak dan susun nasi yang telah dibentuk, sayuran, ayam dan taufu goreng dalam petak besar.

5.    Susun buahan segar pilihan anda dalam petak kecil Bekas Nutrisi Dugro.

Selamat mencuba!

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x