Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Resepi Sanwich Panda - Makanan Kreatif untuk Kanak-Kanak

Panda Ke Sekolah

 

Tarik minat Si Manja dengan set sarapan berbentuk Panda yang comel!

Bahan-bahan:

●     4 keping roti putih

●     1 biji telur rebus

●     1 keping keju cheddar

●     2 sudu makan mayonis Jepun

●     4 keping timun Jepun

●     2 sudu makan mentega

●     1 keping rumpai laut saiz sederhana

●     1 cawan jagung dalam tin

●     3 biji tomato ceri

●     3 dadu kecil timun

●     Garam secukup rasa

●     Serbuk lada sulah secukup rasa

●     8 keping biskut abjad

●     1 keping daging salami atau ham ayam belanda/ayam

Peralatan Lain:

●     Bekas Nutrisi Dugro®

●     Kertas pelapik (kertas minyak bercorak)

●     Pemotong sandwic panda

●     Pemotong biskut berbentuk bunga dan hati

●     Pencucuk sandwic panda

●     Gunting kecil

Cara Penyediaan:

1.    Lapik bekas Nutrisi Dugro® dengan kertas minyak.

2.    Lenyekkan telur dengan 1 sudu makan mayonis Jepun, ½ sudu makan mentega, garam dan lada putih secukup rasa.

3.    Sapu inti pada sekeping roti dan buatkan sandwic. Letakkan sandwic di tengah Pemotong Sandwic Panda dan tekan ke bawah. Buangkan bahagian tepi. Ulangi langkah yang sama dengan sandwic yang lain tetapi gunakan sekeping keju cheddar, sedikit mentega, mayonis Jepun dan timun Jepun sebagai inti.

4.    Potong kepingan rumpai laut menjadi bentuk telinga, hidung, mata dan mulut panda menggunakan gunting kecil. Sapu sebelah bahagian rumpai laut tersebut dengan mentega dan lekatkannya pada sandwic.

5.    Cairkan setengah sudu mentega dan gaulkan dengan jagung, garam dan lada sulah. Gaul dengan rata dan tuang ke dalam petak kecil Bekas Nutrisi Dugro®. Cucuk sayuran yang telah dipotong (timun dipotong dadu dan tomato ceri) pada kayu pencucuk sandwic panda. Susunkan bersama jagung dalam kotak.

6.    Potong daging salami atau ham ayam belanda/ayam dalam bentuk kegemaran anda menggunakan pemotong biskut. Masukkan salami/ham yang telah dipotong ke dalam campuran jagung.

7.    Masukkan biskut abjad ke dalam petak besar Bekas Nutrisi Dugro® bersama sandwic panda.

Selamat mencuba!

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x