Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Resepi Pasta Sedap dan Mudah untuk Kanak-Kanak

 

PASTA SI MANJA

Masa Penyediaan: 15 minit

Bahan-Bahan:

●     ½ cawan dada ayam dadu

●     ¼ cawan pasta kulit siput kecil

●     ½ sudu besar bawang besar cincang

●     ½ sudu kecil bawang putih cincang

●     1 biji tomato, dibuang biji & dikisar dengan ½ cawan air

●     ½ cawan potongan brokoli

●     ¼ cawan lobak merah dadu

●     Stok ayam secukupnya

●     30g keju cheddar, diparut

 

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kecuali keju ke dalam periuk nasi elektrik. Pastikan pasta tenggelam di dalam stok.
  2. Masak selama 4 minit. Kacau dan masak lagi selama 4-5 minit. Pastikan pasta lembut, jika perlu tambah stok atau air.
  3. Buka penutup dan masukkan parutan keju.
  4. Kacau dan masak selama 2-3 minit lagi.

 

Nota:

  1. Boleh gantikan dengan sayur-sayuran yang digemari anak anda.
  2. Jika periuk nasi elektrik mempunya “Quick Cooking Mode”, gunakan untuk menjimatkan masa.
  3. Simpan brokoli dan lobak merah di dalam bekas bertutup dan letak di dalam peti sejuk.
  4. Simpan pasta yang dimasak di dalam bekas bertutup dan letak di dalam peti sejuk. Boleh dicampur pada Langkah 3. Kurangkan stok ayam.
  5. Untuk dihidangkan pada hari lain, jangan masukkan keju. Simpan di dalam bekas bertutup dan letak di dalam peti sejuk. Ketika hendak menghidang, panaskan dan tambah keju.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x