Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

QUICHE AYAM & CENDAWAN ENAK

Masa Penyediaan: 35 minit

Bahan-Bahan:

●     Kepingan ayam (ham) secukupnya, dipotong kecil

●     ½ sudu besar bawang besar, didadu

●     2 sudu besar lobak merah, didadu

●     2 biji cendawan butang, dihiris nipis

●     2 biji telur, dipukul

●     100ml susu Dugro®

●     ½ cawan parutan keju Cheddar atau Parmesan

●     1 sudu besar minyak

●     Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

●     Paf pastri secukupnya

●     Acuan pai aluminium secukupnya

 

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar pada 170°C. Alas acuan pai dengan paf pastri.
  2. Panaskan minyak. Tumis hirisan ayam sehingga masak.
  3. Masukkan bawang besar, lobak merah dan cendawan. Angkat.
  4. Sudukan sayuran ke dalam paf pastri.
  5. Campurkan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Tuang sehingga menutupi sayuran.
  6. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.

 

Nota:

  1. Boleh gantikan dengan sayur-sayuran yang digemari anak anda.
  2. Jika suka, boleh sedikan quiche tanpa dilapik dengan paf pastri.
  3. Resipi menghasilkan 2 biji quiche mengikut saiz acuan yang digunakan.
  4. Untuk mengetahui sama ada ia masak atau tidak, cucuk pisau di tengahnya dan ia tidak melekat.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x