Sandwic Salad Ayam & Anggur
Sandwic protein yang dilengkapkan dengan buah anggur menjadi hidangan snek yang enak!
Bahan-bahan:
● Acuan roti ‘Smarty Apple’
● 250g daging ayam (dimasak dan dipotong dadu)
● 65g saderi (dimasak dan dipotong dadu)
● 65g kranberi kering
● 65g anggur (dipotong suku)
● 116g mayonis
● ½ sudu teh garam
● ½ sudu teh lada hitam yang dikisar
● 6 keping roti
Cara Penyediaan:
● Letakkan acuan roti di atas roti dan tekan acuan secara perlahan-lahan. Ulangi untuk semua kepingan roti.
● Bakar roti.
● Untuk menyediakan salad, campurkan daging ayam, saderi, kranberi kering, anggur, garam dan lada hitam secukup rasa. Masukkan mayonis dan gaulkan rata.
● Letakkan campuran salad ke atas kepingan roti, ratakan dan kemudian letakkan satu lagi kepingan roti di atas.
● Lengkapkan hidangan ini dengan 1 gelas Dugro Fruit & Veg.
Selamat mencuba!
Sentiasa di sisi Mama 24/7
Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.
Terima Kasih Dugro®!
Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.