Smoothie Coklat Lazat
Manisan semula jadi dari buah dengan kelazatan susu coklat. Si Manja pasti suka!
Bahan-bahan: Bahan A:
● Epal merah 100gm
● Pisang Berangan 100gm
Bahan B:
● Kiub ais 1 cawan
● Dugro Coklat Lazat 2 sudu besar
● Air 150ml
Cara Penyediaan:
● Potong Bahan A saiz kiub dan masukkan ke dalam pengisar ais.
● Masukkan Bahan B dan kisar sehingga halus.
● Tuangkan ke dalam gelas dan hias.
Selamat mencuba!