Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Sup Chef Cilik

 

Sup serat tinggi untuk Si Manja semasa demam.

Bahan-bahan: Bahan A:

●     Buah epal hijau 100gm

●     Buah nenas 100gm

●     Buah tomato 100gm

●     Celery 100gm

●     Buah labu 100gm

●     Beras perang 50gm

●     Tepung gandum 50gm

Bahan B:

●     Air 300ml

●     Garam halus 3gm

●     Serbuk lada putih 2gm

Bahan C:

●     Perahan jus oren segar 200ml

●     Susu Dugro Fruits & Vege 200ml

Mangkuk Sup:

●     Buah labu 1 biji

Cara Penyediaan:

1.    Potongkan bahan A dan tumis dengan mentega dan masukkan beras perang serta tepung gandum sehingga naik aroma.

2.    Masukkan bahan B dan biarkan suam seketika.

3.    Kisarkan bahan A dan B sehingga halus.

4.    Masukkan ke dalam periuk dan rebuskan kembali dengan suhu atau haba yang kecil.

5.    Sementara itu sediakan buah labu untuk di jadikan mangkuk untuk sup ini.

6.    Tuangkan ramuan rebusan sup tadi ke dalam buah labu dan masukkan bahan C.

7.    Sup ini juga boleh di nikmati sebagai jus minuman yang sejuk.

Selamat mencuba!

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x