Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

Terung Panggang Keju

 

Snek yang mempunyai keju pasti seronok! Makanan ringan ini bagus untuk Si Ibu juga

Bahan-bahan: Bahan A:

●     Terung panjang 2 biji

Bahan B:

●     Buah tomato 50gm

●     Capsicum hijau, merah & kuning 50gm

●     Daun selasih segar 3 tangkai

●     Bawang putih 30gm

●     Garam 2gm

●     Serbuk lada putih 2gm

Bahan C:

●     Serbuk keju Parmesan 30gm

●     Sos Bechamel 50gm

Bahan-bahan Sos Bechamel:

●     Susu 200ml

●     Serbuk buah pala 20gm

●     Tepung gandum 100gm

●     Mentega 100gm

●     Garam & serbuk lada putih secukup rasa

Cara Penyediaan:

●     Potong bahan A menjadi kepingan dan panggang kedua belah.

●     Potong dadu bahan B dan gaulkan sebati serta sekata.

●     Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan sediakan dulang ketuhar.

●     Susun lapisan bahan A dan bahan B serta bahan C selang seli di dalam bekas yang sesuai.

●     Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 5 minit sahaja.

Cara Bechamel:

●     Tumis campuran tepung dan mentega di atas api kecil.

●     Kacau sehingga campuran menjadi pekat dan tutup api. Campuran ini dipanggil Roux. Bahagikan dua campuran Roux.

●     Ambil separuh campuran tadi dan campurkan dengan susu segar, serbuk buah pala dan daun bay. Panaskan di atas api kecil sehingga campuran memekat. Tambahkan Roux jika inginkan sos yang lebih pekat. Tapi hati-hati kerana jika terlalu banyak boleh menjadikan sos berketul.

●     Kacau sos sehingga menjadi pekat dan tambah garam dan lada secukup rasa.

Selamat mencuba!

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x