Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi nutrien optimum yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan. Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada pelbagai penyakit.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

 

Apa yang saya perlu buat untuk menyokong Sistem Imun Si Manja?

Untuk mengelakkan sentuhan atau hubungan dengan kuman dan virus, selain menjaga jarak sosial, anda perlu menjaga tabiat sihat di rumah untuk menyokong sistem imun anda dan Si Manja anda.

dugro article imuniti diet pemakanan si manja kaya nutrien

 

Diet Seimbang, Kaya Nutrisi

Buah-buahan hitam, merah, biru dan ungu dan sayur-sayuran mengandungi antioksidan, vitamin C dan karoten yang membantu mengekalkan sistem imun badan anda. Manakala kekacang dan biji rami merupakan sumber lemak baik semula jadi. Jangan lupa untuk memberikan Si Manja air masak yang cukup supaya badan Si Manja kekal hidrasi.

dugro article imuniti perkembangan si manja tidur

Bangun Awal, Tutup Lampu Ketika Tidur

Tabiat tidur yang teratur membantu untuk menambahbaik sistem imun Si Manja. Di samping itu, melatonin adalah antioksidan yang berkesan untuk badan, yang membantu meningkatkan sistem imun dan pertahanan badan untuk melawan virus.

Bersenam Dengan Kerap

Senaman ringan seperti regangan dan menari boleh membantu menyokong sistem imun anda dan Si Manja anda.

dugro article imuniti perkembangan si manja senaman

Diet yang seimbang, gaya hidup yang betul, tidur yang teratur dan senaman adalah cara terbaik untuk kekal sihat. Cuba dan jadikan ia rutin harian untuk memastikan anda dan Si Manja akan sentiasa sihat.

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

 

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x