Susu Ibu Adalah Terbaik Untuk Si Manja Anda

Danone Specialized Nutrition (Malaysia) menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama selepas kelahiran.

Selepas berusia enam bulan, bayi haruslah diberikan makanan pelengkap yang bersesuaian dengan usia di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih.

Rujuk doktor anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan susu formula atau jika anda mengalami kesukaran dalam penyusuan susu ibu.

A colorful lunch box filled with rice, mixed vegetables, lettuce, and a sliced boiled egg is arranged on a light wooden surface. Around it are bananas, an apple, an orange peach, cherry tomatoes on the vine, green apples, and slices of whole grain bread. A glass of milk with a striped straw and scattered seeds add to the wholesome, balanced meal theme. The composition is bright and clean, emphasizing fresh, nutritious food choices.

Di awal usia Si Manja, pengambilan jumlah nutrien tumbesaran yang mencukupi amat penting bagi menyokong tumbesaran fizikal optimum. Makronutrien seperti karbohidrat (gula, kanji dan serat) merupakan sumber tenaga terpenting dalam badan manakala protein untuk pembentukan sel badan. Antara sumber protein yang berkualiti tinggi boleh didapati daripada hati haiwan, daging, ikan, keju, susu, telur dan produk berasaskan sayur-sayuran seperti kacang soya, kacang hijau dan kekacang. Lemak juga bertindak sebagai sumber tenaga dan asid lemak terpenting (Omega 3 dan 6) untuk tumbesaran Si Manja.

Selain daripada makronutrien, pengambilan vitamin dan mineral merupakan elemen terpenting dalam diet seimbang kanak-kanak prasekolah dan ke atas. Nutrien tumbesaran seperti kalsium, vitamin D dan zink amat diperlukan bagi pembentukan tulang manakala zat besi, kolina, vitamin A dan  B12 penting untuk perkembangan otak serta vitamin C memainkan peranan dalam system imun Si Manja. 

Malay-language infographic explains how children can obtain sufficient vitamins and minerals through five main food groups. The top row highlights meat and protein sources, fruits, and vegetables with simple white line icons. The bottom row shows dairy products like milk, yogurt, and cheese, and grain-based foods such as rice, bread, pasta, and noodles. The design uses a purple background with white outlined panels and text for clear educational communication.

 

Terima Kasih Dugro®!

Mama lebih yakin dengan jenama pilihan ibu bapa di Malaysia.

Alt image

Sentiasa di sisi Mama 24/7

Kami adalah para ibu yang terdiri daripada bekas jururawat, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia menjadi pendengar setia dan memberikan bantuan untuk anda dan Si Manja. Hubungi kami untuk dapatkan lebih lagi khidmat nasihat.

x